Pada 3 Julai 2024, pegawai PKG Bagan Datuk terlibat mengiringi murid TVPSS daripada SK Bagan Datoh dan SMK Seri Muara. Guru yang mewakili SK Bagan Datoh adalah Cikgu Fatin Nabila dan Cikgu Robiah mewakili SMK Seri Muara untuk menyertai Bengkel Lensa Edu-Perak 2.0 Peringkat Negeri Perak 2024. Guru dan murid bertolak daripada PPD Bagan Datuk pada pukul 6.30 pagi dan tiba di Kompas International College, Ipoh Garden pada pukul 8.30 pagi.
Antara pengisian bengkel adalah Tatacara Pembangunan Kru TVPSS, Penghasilan Filem Pendek, dan Electronic Gathering News. Bengkel berakhir pada pukul 3.00 petang. Bertolak pulang ke PPD dan tiba pada pukul 5.00 petang.

